Jumaat, 8 Jun 2012

Pendirian Ulama' berkenaan melebihinya Allah berbanding dengan makhluk

Al Imam Ahmad ibn Hanbal (164-241H) dan al Imam Tsauban ibn Ibrahim Dzu an-Nun al Mishri salah seorang murid terkemuka al Imam Malik-semoga Allah meridhai keduanya- berkata:

“Apapun yang terlintas dalam benakmu (tentang Allah) maka Allah tidak menyerupai itu (sesuatu yang terlintas dalam benak)”

(Diriwayatkan oleh Abu al Fadll at-Tamimi dan al Khathib al Baghdadi)

Rabu, 6 Jun 2012

Majlis Tahlil dan Yaasin Bersama Anak2 Yatim dan Tahfiz

  .
  Tarikh: 22 Mac 2012 (Khamis)
  Masa: 6.30 petang
  Tempat: Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Perak
 .









Selasa, 22 Mei 2012

Hidup Berkasih-sayang

Petikan Hadith:

Diriwayatkan kepada kami Abu Bakar bin Ibn Syaibah dan Abu Kuraib, katanya diriwayatkan kepada kami Abu Usamah dan Ibn Numair dari Hisyam dari ayahnya dari Aisyah rodhiyaLlahu 'anha , ia berkata:

Pada suatu hari beberapa orang Arab badui datang kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan bertanya: Apakah kamu mencium anak-anakmu?

Baginda menjawab: Ya.

Lalu mereka berkata lagi: Akan tetapi, demi Allah, kami belum pernah melakukannya.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam lalu bersabda: Aku tidak dapat berbuat apa-apa jika Allah telah mencabut rasa kasih sayang dari hati kamu sekalian.

Sahih Muslim: Kitab 30#4281

Isnin, 21 Mei 2012

Formula Insan Bertakwa

 Aktiviti:
 Ceramah Agama
 Tarikh: 
 14 Mac 2012 (Rabu)
 Tempat
 Padang Taman Yayasan.
 Penceramah:
 Al-Fadhil Ustaz Mohammad Kazim Elias Al-Hafiz.  






Isnin, 2 April 2012

Petikan Hadith:

Solat Selepas Asar dan Qadho Solat

Kuraib mengatakan bahwa Ibnu Abbas, Miswar bin Makhramah, dan Abdurrahman bin Azhar mengirimnya supaya pergi ke tempat Aisyah.

 Mereka berkata, "Sampaikanlah salam kami kepadanya dan tanyakanlah kepadanya perihal dua rakaat sesudah solat asar. Katakanlah kepadanya bahwa kami semua telah diberi tahu oleh seseorang bahawa engkau (Aisyah) juga mengerjakan solat sunat dua rakaat sesudah asar itu. Padahal, engkau telah mendapatkan berita dari Nabi bahwa beliau melarang melakukan solat sunat itu."

Ibnu Abbas berkata, "Aku pernah memukul orang yang bersama dengan Umar ibnul Khathab karena mengerjakan solat  sunat dua rakaat sesudah mengerjakan solat asar itu."

Kemudian Kuraib berkata, "Lalu aku memasuki tempat Aisyah. Aku menyampaikan apa yang diperintahkan oleh ketiga orang itu."

Maka, Aisyah berkata, "Bertanyalah kepada Ummu Salamah."

Kemudian Kuraib keluar dari tempat Aisyah dan menuju kepada tiga orang yang mengutusnya tadi. Lalu, ia memberitahukan kepada mereka apa yang dikatakan Aisyah itu.

Kemudian mereka menyuruhnya kembali kepada Ummu Salamah dengan maksud sebagaimana ketika mereka menyuruhnya ke tempat Aisyah.

Ummu Salamah berkata, "Aku mendengar Nabi melarang solat sesudah asar. Kemudian aku melihat beliau melakukan solat itu setelah beliau selesai melakukan solat asar. Kemudian beliau masuk dan di tempat aku ada beberapa wanita Ansar, lalu aku mengutus seorang wanita (dan dalam satu riwayat: pembantu laki-laki) kepada beliau.

Aku katakan kepadanya, 'Berdirilah di samping beliau, katakan olehmu kepada beliau, 'Ummu Salamah bertanya kepada engkau, "Wahai Rasulullah, aku mendengar engkau melarang solat dua rakaat sesudah solat asar ini, tetapi engkau melakukannya?" Jika beliau mengisyaratkan dengan tangan supaya engkau mundur, maka mundurlah dari beliau.'

Lalu anak wanita itu melakukannya. Nabi mengisyaratkan dengan tangan, kemudian aku mundur dari beliau.

Ketika beliau berpaling, beliau bersabda, 'Wahai puteri Abu Umayyah, engkau menanyakan tentang dua rakaat sesudah solat asar. Sesungguhnya orang-orang dari Abdul Qais datang kepadaku (menyampaikan keislaman kaumnya), lalu mereka menyibukkan aku (sehingga aku ketinggalan) dari dua rakaat sesudah zuhur. Maka, kedua rakaat yang ku kerjakan setelah solat Asar itulah sebagai gantinya.'"
(Sahih Bukhari, Bab Sujud Sahwi #628)

Note: 
Tujuan Aishah tidak memberi jawapan dan sebaliknya menyuruh dirujuk kepada  Ummu Salamah ialah:
1. Untuk mengelak dari tanggapan bahawa jawapannya ialah jawapan membela diri.
2. Mengembangkan pemahaman bahawa selain daripada Aishah, Ummu Salamah juga maklum terhadap kebolehan amalan berkenaan.