Selasa, 5 Julai 2011

Tentang Yayasan Kebajikan Islam Darul Ridzuan (KADIR)

Kumpulan Dakwah Islamiah Darul Ridzuan (KADIR) ditubuhkan pada 28 November 2009 bersamaan 11 Zulhijjah 1430 di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Raja Musa Mahadi, Ipoh ,Perak. Kumpulan Dakwah Islamiah Darul Ridzuan ini ditubuhkan bagi memantapkan lagi pergerakan dan organisasi dakwah dan telah disempurnakan oleh ke bawah DYTM Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Pada 6 hb Januari 2011 nama Kumpulan Dakwah Islamiah Darul Ridzuan telah di tukar pakai sebagai Pertubuhan Dakwah Islamiah Perak Darul Ridzuan dengan mendapat sokongan penuh daripada Tan Sri Dato' Seri (Dr) Hj. Harussani bin Hj. Zakaria, Mufti Negeri Perak dan juga Y.Bhg Dato Wan Muhamad bin Dato’ Shiekh Abd Aziz, Ketua Pengarah JAKIM. Ia telah didaftarkn secara rasminya dengan Pendaftaran Pertubuhan.

Ia kemudiannya dinaiktaraf kepada Yayasan Kebajikan Islam Darul Ridzuan (KADIR) oleh Suruhajaya Pertubuhan Syarikat atas usaha dan anjuran YAB Menteri Besar Peak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir pada 25 Disember 2011 bersamaan 29 Muharram 1433H.

Kumpulan ini ditubuhkan di peringat negeri Perak supaya kegiatan dakwah dapat dipertingkatkan lagi. Meskipun kegiatan dakwah dapat dijalankan secara rasmi oleh Jab. Agama Islam Negeri Perak, namun terdapat ruang-ruang yang perlu diisi oleh pertubuhan dakwah Islam yang bebas(NGO) supaya kerja dakwah dan syiar Islam diperluaskan lagi di peringkat akar umbi.








1 ulasan:

  1. Assalamualaikum, saya ingin bertanya satu soalan, saya sebagai seorang pelajar yang masih menuntut di KUISAS Perak dan seorang anak Jati Negeri Perak ingin bertanyakan mengenai bantuan pelajar.. BolehKah saya ingin memohon bantuan kewangan di sudut agensi yayasan ini?? Mohon Penjelasan Daripada Pihak Tuan/Puan yang Dihormati... Terima Kasih

    BalasPadam