Jumaat, 30 September 2011

KEADILAN

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Takutlah doa orang yang dizalimi sekalipun ia seorang kafir kerana sesungguhnya tidak ada halangan di antara doanya dengan Allah.
 
                                                                                                                                       Riwayat Ahmad
Huraian Hadith
Pengajaran Hadith
i) Sikap menzalimi orang lain adalah satu sifat yang dibenci dan dilaknat oleh Allah S.W.T.

Ii) Selaku orang Islam kita hendaklah bersikap adil meskipun terhadap orang yang bukan Islam kerana keadilan itu adalah cermin keimanan yang sebenar yang boleh melembutkan hati yang keras dan mengubah akhlak yang buruk kepada baik. Malah keadilan itu boleh menerbitkan perasaan kasih sayang dan hormat-menghomati dalam masyarakat.

iii) Di dalam hadis ini Allah juga telah menunjukkan sifat-Nya yang adil di mana sesiapa juga hamba-Nya yang menzalimi orang lain akan dibalas dengan balasan yang setimpal sekalipun orang yang dizalimi itu adalah orang kafir.

                                                                                                                                                Rujukan : JAKIM

Rabu, 28 September 2011

Kepentingan Mengingati Mati

Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat". Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".
 
                                                                                                                             Riwayat Abu Sa'id r.a
 
Huraian Hadith
Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat". Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".
 
                                                                                                                                              Rujukan : JAKIM
 
 
 
 Gambar hiasan : http://2.bp.blogspot.com/-ai2VjkhX_U4/TaEMtverRFI/AAAAAAAAAPo/_HII6UQqgkk/s1600/kubur21.jpg

Selasa, 27 September 2011

Bertemu Rakyat

27 Sept 2011 Seperti hari Selasa yang lain, hari bertemu rakyat bersama Menteri Besar Perak diadakan di Dewan Besar SUK, Perak. Walaupun pada hari ini Menteri Besar kita tiada, tetapi hal-hal rakyat tetap didengar dan diselami oleh pegawai-pegawai di pejabat Menteri Besar Perak. Pegawai Khas Menteri Besar Perak Datuk Azhar Ahmad memikul tanggungjawab besar untuk menyampaikan suara rakyat kepada YAB Menteri Besar kita.









BERSYUKUR

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat.
                                                                  
                                                                                                                                   Riwayat At-Tabrani

Huraian Hadith
Pengajaran Hadith
i) Bersyukur adalah satu tindak balas yang baik sama ada melalui perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang.

ii) Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berhak menerima kesyukuran dan pujian, selain daripada Allah S.W.T kerana terlalu besar nikmat dan pemberian yang diberikan oleh Allah kepada kita. Oleh itu sebagai tanda bersyukur kepada Allah kita hendaklah mengekalkan baik sangka kepada-Nya serta meletakkan keyakinan kepada Allah S.W.T dalam apa jua keadaan diiringi dengan ketaatan dalam beribadah.

iii) Budaya bersyukur hendaklah disuburkan dalam masyarakat di mana rakyat hendaklah disedarkan supaya menghargai keamanan dan kemakmuran negara, tidak lupa daratan sehingga menyalahgunakan kemewahan untuk pembaziran, melakukan maksiat dan gejala tidak sihat yang mengakibatkan berlakunya kerosakan dan bencana pada diri, keluarga dan masyarakat. Semua ini menunjukkan tanda kufur terhadap nikmat Allah S.W.T dan kesudahannya ia akan menjerumuskan masyarakat dan negara kepada kerosakan dan kehancuran.

iv) Tanda bersyukur dalam perkhidmatan pula adalah dengan menjadikan khidmat kepada negara dan orang ramai sebagai satu ibadah, bukan semata-mata untuk mencari nafkah kerana tujuan seseorang itu diambil berkhidmat adalah untuk menggerakkan jentera kerajaan supaya ia dapat memberikan khidmat yang memuaskan kepada orang ramai dan untuk meningkatkan kemajuan dan kemakmuran negara.

                                                                                                                                        Rujukan : JAKIM

      Gambar : http://media.vivanews.com/images/2011/07/08/115715_ilustrasi-bersyukur.jpg


Isnin, 26 September 2011

Doa adalah intipati kepada segala ibadah

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak.

Huraian Hadith
Pengajaran hadith
i) Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang yang sombong, takbur dan bongkak.

ii) Ketika berdoa, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dipohon), janganlah berdoa dengan mulut sahaja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hadirkan hati serta hayati apa yang dipohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa tersebut kerana sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa.

iii) Supaya doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab-adab berdoa serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya selama mana apa yang diminta itu merupakan perkara-perkara yang baik. Begitu juga Allah yang sifat-Nya yang Maha Pengampun tidak akan menolak doa hambanya yang beristighfar dan berdoa memohon keampunan dari segala dosa yang telah dilakukan.
                                                                                                                                     Riwayat at-Tirmizi

Gambar : http://4.bp.blogspot.com/-TZReLrAV3H4/Th5gECc_FDI/AAAAAAAACFI/V_fEXfiTRNU/s1600/ikhwan-berdoa.jpg

                                                                                                                                       Rujukan : JAKIM

Bacaan Yassin, Tahlil & Solat Hajat di Kediaman MB Perak

22 Sept 2011 KADIR sekali lagi diberi kepercayaan untuk mempengerusikan majlis bacaan Yassin, Tahlil & Solat Hajat di Kediaman Menteri Besar Perak. Setiap minggu Khamis malam Jumaat program ini dijalankan jika tiada halangan dan aral melintang, Insya-Allah. Kami di KADIR mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir kerana membenarkan kami menggunakan kediaman beliau untuk mengadakan program ini dan beliau juga menyokong usaha kami untuk meneruskan dakwah di negeri Perak ini. Kami juga menjemput pelajar-pelajar Mahaad Tahfiz di sekitar daerah Kinta. Kami juga telah membawah segelintir bekas pelajar dari lulusan Jordan bersama kami.















Sehari Bersama Rakyat

20 Sept 2011 Setiap Selasa dua kali setiap bulan YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir akan berjumpa rakyat dan sudi mendengar keluhan dan pelbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat negeri Perak.








Rumah Terbuka

19 Sept 2011 bersamaan 21 Syawal 1432H  KADIR bersama-sama penduduk Pantai Remis telah mengadakan rumah terbuka yang dianjurkan oleh Pengerusi KADIR sendiri Datuk Azhar Ahmad di dewan Dato' Seri Dr. Lim Keng Yik di Pantai Remis. Suasana Hari Raya yang meriah dengan dihadiri oleh pelbagai kaum dan masyarakat setempat dapat dilihat di majllis ini.










 

"Taqwa kepada Allah.."

Taqwa terbahagi kepada tiga (3) martabat.

Martabat Pertama : Membebaskan diri dari kekufuran.

Inilah yang diisyaratkan oleh Allah dengan “Kalimat at-Taqwa” dalam firmanNya yang bermaksud :

“Lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mu’min dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa”
                                                               [Surah Al-Fath : 26]

Maksud kalimah at-Taqwa dalam ayat di atas ialah kalimah لاإله إلا الله محمد رسول الله atau dua kalimah syahadah. Kalimah ini merupakan kalimah iman yang menjadi asas atau punca kepada taqwa.

Martabat Kedua : Menjauhkan diri dari segala perkara yang membawa kepada dosa.

Taqwa pada asalnya adalah seseorang menjadikan pelindung antaranya dengan perkara yang ditakuti sebagai perisai. Hamba yang bertaqwa kepada Tuhannya ialah hamba yang menjadikan antaranya dengan apa yang ditakuti dari Tuhannya dari kemurkaan, kemarahan dan balasanNya suatu pelindung iaitu dengan mengerjakan ketaatan dan menjauhi bermaksiat kepadaNya.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
“Bertaqwalah kepada Tuhan kamu, solatlah lima waktu kamu, berpuasalah kamu (bulan Ramadhan), tunaikanlah zakat hartamu, taatilah pemerintah kamu nescaya masuklah kamu syurga Tuhanmu”.

Martabat Ketiga : Membersihkan batin (hati) dari segala yang menyibukkan atau melalaikan diri dari Allah Taala.

Martabat yang ketiga inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah :

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu benar-benar sebagai seorang Islam”    
                                        [Surah Ali Imran : 102]

Sabtu, 24 September 2011

"Taqwa kepada Allah"

Taqwa dari sudut bahasa bermaksud mengambil tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan. Manakala menurut istilah Syara’,  Taqwa bermaksud Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta’ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat.

Rasulullah saw. juga pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda bahawa Taqwa itu adalah :
“Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintahNya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepadaNya dan tidak mengkufuri nikmatNya.”
                           [Hadis riwayat Imam Bukhari]

Menurut Ibnu Abbas r.a. Al-Muttaqin (yakni orang-orang bertaqwa) ialah orang-orang beriman yang memelihara diri mereka dari mensyirikkan Allah dan beramal menta’atiNya.

Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang bernama Ubai bin Ka’ab r.a. mengenai makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Saidina Umar: “Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: “Ya.” Tanya Ubai lagi: “Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?” Jawab Umar: “Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati.” Balas Ubai: “Itulah yang dikatakan taqwa.” 

Rabu, 21 September 2011

Hikmah Islam Melarang Perjudian

Islam melarang judi kerana ia menjadikan manusia menggantungkan harapannya kepada nasib, keuntungan yang tiba-tiba serta cita-cita kosong bukan kepada pekerjaan dan usaha melalui sebab musabab yang ditentukan oleh Allah taala. Islam bertujuan untuk menjaga harta manusia dari musnah dan diambil secara salah. Sedangkan judi memusnahkan harta penjudi dan membuka pintu untuk mengambil harta orang lain melalui untung nasib semata-mata dan cara yang zalim serta menganiaya.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman. Sesungguhnya arak, judi, berhala, anak panah (judi) adalah najis (kotor) dari kelakuan syaitan. Jauhilah ia supaya kamu beroleh kemenangan. Sesungguhnya syaitan bertujuan menjadikan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan judi, serta menghalang kamu dari mengingati Allah dan mendirikan solat". (Al-Maidah, 90-91)

Kepada muda-mudi, jauhkan diri dari berjudi dan apa yang membawa kepadanya, bergaul dengan penjudi atau kaki judi, dan tidak mudah terpengaruh dengan ajakan, godaan, bisikan syaitan dengan menyibukkan diri dengan aktiviti yang sihat, yang menambah keimanan, dan berfaedah untuk masa depan.
Maka ibu-bapa perlu ada kesedaran dan tegas dalam memantau pergerakan dan pergaulan serta aktiviti anak-anak, terutamanya pada sebelah malam untuk mengelakkan mereka dari terjebak kepada perkara yang tidak baik ini.
Ibu-bapa dan guru juga perlu memberi motivasi, membentuk pemikiran masyarakat supaya lebih berpikiran jauh untuk kepentingan masa hadapan, dan masa depan generasi akan datang.
Pihak berkuasa terbabit pula wajib membantu memberi penerangan, membuat pemantauan dan mengambil pendekatan yang pantas dan berkesan bagi menghalang masyarakat Islam dari terjebak ke lembah kemungkaran ini.
Kesimpulannya, anak muda-mudi zaman sekarang sukakan hiburan dan sesuatu aktiviti yang baru, berhibur tiada salahnya tetapi ada batasannya dan hadnya, begitu juga dalam beraktiviti. Islam itu agama yang mengambil berat terhadap setiap penganutnya supaya tidak hilang pertimbangan diri, merugikan masa, diri, harta, dan supaya tidak menyesal di masa hadapan. Setiap masalah ada penyelesaiannya, perlu diselesaikan dengan cara yang betul, mengikut saluran yang tepat, dan dengan berjudi bukanlah cara penyelesaian masalah yang baik, dan Islam tidak meredainya. Semoga masyarakat hari ini lebih matang dan berfikiran jauh.

                                                       Oleh : Ust. Hafiz Omar


Khamis, 15 September 2011

Hari Malaysia

Berikut adalah sebahagian ucapan perutusan khas Hari Malaysia oleh Perdana Menteri...


"Seperti yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya ketika mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.
Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
Di atas segalanya, Kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa menteri.
Di sudut lain, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi.
Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.
Kajian semula komprehensif ini akan membabitkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa."                                                                  
                                                                                                                                       *Sumber Berita Harian

Hari Kebangsaan Malaysia

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Pada 31 Ogos 2011, Malaysia telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-54.



Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.

Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti am di Malaysia.


Rabu, 14 September 2011

Hari Bertemu Rakyat bersama MB

13 Sept 2011 Seperti biasa setiap 2 kali sebulan YAB Menteri Besar Perak akan bertemu rakyat negeri untuk menceritakan hal-hal permasalahan yang berlaku pada mereka terus kepada YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir. Keperihatinan YAB Dato' Seri DiRaja terhadap rakyat dan masyarakat negeri Perak