Jumaat, 28 Oktober 2011

Jangan Kamu Marah!

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya: "Berwasiatlah kepada ku". Sabda Rasulullah SAW: " Jangan kamu mara". Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: "Jangan kamu marah".
                                                                                                                                Riwayat:  al-Bukhari
Huraian Hadith
Hasan al-Basri pernah berkata: Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan."Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan". Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain. Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.
                                                                                                                                          Rujukan : JAKIM
Gambar hiasan : http://www.penamujahid.com/wp-content/uploads/2011/05/marah.png

Khamis, 27 Oktober 2011

Solat dalam kenderaan

Diriwayatkan daripada Jabir r.a: Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke mana pun baginda menghadap dan ketika Nabi SAW hendak mengerjakan solat wajib Nabi SAW turun dari tunggangannya dan solat menghadap kiblat (Kaabah di Mekah).
                                                                                                                                    Riwayat:  Al-Bukhari 
 
 
Huraian Hadith
Islam mewajibkan kita melakukan solat malah haram ke atas kita meninggalkannya tanpa sebarang keuzuran yang dibenarkan syarak. Sekiranya kita berada dalam musafir sekalipun kita juga diwajibkan solat. Terdapat berbagai-bagai kaedah dan pilihan yang telah digariskan termasuklah tata cara solat di dalam kenderaan sama ada kereta, perahu, kapal selam, kapal terbang mahupun dalam kapal angkasa. Dalil yang membolehkannya selain daripada hadis di atas ialah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah ibnu Umar r.a. Seorang sahabat telah bertanya kepada Nabi SAW : Bagaimanakah cara untuk saya bersolat dalam perahu ? Nabi SAW menjawab: Solatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam. Hadith di atas adalah sebagai dalil keharusan bersolat di atas kenderaan tanpa mengira apa jua jenis tersebut kerana ia bukanlah berkenaan hukum perahu tetapi ialah keharusan melaksanakan solat di atas kenderaan seperti mana Nabi SAW dan para sahabat yang pernah bersolat secara duduk di atas binatang tunggangan mereka. Baginda memberi isyarat yang sujud lebih rendah daripada rukuk. Solat sebegini adalah sah jikalau benar-benar menghadapi kesukaran.
 
 
 
 
Gambar dari: http://2.bp.blogspot.com/-mJIX3ZQi86A/TZUK5yYbuuI/AAAAAAAAAZY/an9HtX9HYVo/s1600/Image015.jpg

Selasa, 25 Oktober 2011

Hari Bertemu Pelanggan Menteri Besar Perak

25 Oktober 2011 Saban minggu ramai yang menghadirkan diri untuk bertemu dengan pemimpin negeri Perak YAB Dato' Seri Di Raja Dr. Zambry Abdul Kadir untuk menceritakan permasalah yang mereka hadapi. YAB Dato Seri DiRaja tidak jemu-jemu untuk mendengar rintihan serta aduan dari rakyat negeri. Di bantu juga oleh Pegawai Khas Menteri Besar merangkap Pengerusi Pertubuhan Dakwah Islamiah Darul Ridzuan (KADIR) Mej (K) Datuk Azhar Ahmad sama-sama menyelesaikan permasalahan yang berlaku di negeri Perak serta pegawai-pegawai kerajaan yang lain.












Lawatan Kerja Ke Grik

19 Oktober 2011 Kami di KADIR bersama-sama Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia Negeri Perak (JAKOA) serta Pejabat Menteri Besar Perak telah memasuki perkampungan Orang Asli di RPS Kemar, Gerik Perak sempena lawatan kerja dan juga jemputan Perasmian Program Hari Sukan dan Kantin SK RPS Kemar 2011. Perjalanan kami mengambil masa 3-4 jam untuk sampai ke sana. Laluan yang agak sukar kami tempuhi dengan pacuan 4 roda dan Alhamdulillah kami sampai ke sana dengan selamat. Sambutan yang sangat meriah walaupun kami sampai agak terlewat sedikit tetapi kehadiran kami sangat dinanti-nantikan. Dato' Abdul Jamil Mat Kasa Pengurus Besar Yayasan Perak merangkap Setiausaha KADIR menjadi ketua rombongan kami ke RPS Kemar dan juga di Panjang Ali Ngah Johor Pegawai Khas Orang Asli Negeri Perak sebagai penunjuk arah bersama-sama  Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia Negeri Perak (JAKOA).
























Solat Hajat Perdana

20 Oktober 2011 Solat Hajat Perdana yang julung-julung kalinya diadakan di negeri Perak di Kediaman Menteri Besar Perak. Seramai lebih kurang 1000 orang hadir ke program ini dengan kehadiran anak-anak dari Mahaad Tahfiz seluruh daerah Kinta dan Imam Besar Masjid Negeri Perak serta jemputan-jemputan lain. Program ini dihidangkan juga dengan makanan dalam talam.  









Hari Bertemu Pelanggan Menteri Besar Perak

18 Oktober 2011 Telah menjadi kemestian setiap 2 minggu hari Selasa setiap bulan Menteri Besar Perak akan mengadakan Hari Bertemu pelanggan di Dewan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Di samping dapat bertemu YAB Menteri Besar Perak rakyat negeri Perak khususnya dapat berkongsi masalah dan pendapat. Seperti lazimnya Y Bhg. Mejar (K) Datuk Azhar Ahmad Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak merangkam Pengerusi KADIR ada menemani YAB Dato' Seri DiRaja bagi menangani masalah yang berlaku di Negeri Perak ini khasnya.