Solat Selepas Asar dan Qadho Solat
Kuraib mengatakan bahwa Ibnu Abbas, Miswar bin Makhramah, dan
Abdurrahman bin Azhar mengirimnya supaya pergi ke tempat Aisyah.
Mereka berkata, "Sampaikanlah salam kami kepadanya dan tanyakanlah kepadanya perihal dua rakaat sesudah solat asar. Katakanlah kepadanya bahwa kami semua telah diberi tahu oleh seseorang bahawa engkau (Aisyah) juga mengerjakan solat sunat dua rakaat sesudah asar itu. Padahal, engkau telah mendapatkan berita dari Nabi bahwa beliau melarang melakukan solat sunat itu."
Mereka berkata, "Sampaikanlah salam kami kepadanya dan tanyakanlah kepadanya perihal dua rakaat sesudah solat asar. Katakanlah kepadanya bahwa kami semua telah diberi tahu oleh seseorang bahawa engkau (Aisyah) juga mengerjakan solat sunat dua rakaat sesudah asar itu. Padahal, engkau telah mendapatkan berita dari Nabi bahwa beliau melarang melakukan solat sunat itu."
Ibnu Abbas berkata,
"Aku pernah memukul orang yang bersama dengan Umar ibnul Khathab
karena mengerjakan solat sunat dua rakaat sesudah mengerjakan solat asar itu."
Kemudian Kuraib berkata, "Lalu aku memasuki
tempat Aisyah. Aku menyampaikan apa yang diperintahkan oleh ketiga
orang itu."
Maka, Aisyah berkata, "Bertanyalah kepada Ummu Salamah."
Kemudian Kuraib keluar dari tempat Aisyah dan menuju kepada tiga
orang yang mengutusnya tadi. Lalu, ia memberitahukan kepada mereka
apa yang dikatakan Aisyah itu.
Kemudian mereka menyuruhnya kembali
kepada Ummu Salamah dengan maksud sebagaimana ketika mereka
menyuruhnya ke tempat Aisyah.
Ummu Salamah berkata, "Aku mendengar
Nabi melarang solat sesudah asar. Kemudian aku melihat beliau
melakukan solat itu setelah beliau selesai melakukan solat asar.
Kemudian beliau masuk dan di tempat aku ada beberapa wanita Ansar,
lalu aku mengutus seorang wanita (dan dalam satu riwayat: pembantu
laki-laki) kepada beliau.
Aku katakan kepadanya, 'Berdirilah
di samping beliau, katakan olehmu kepada beliau, 'Ummu Salamah
bertanya kepada engkau, "Wahai Rasulullah, aku mendengar engkau
melarang solat dua rakaat sesudah solat asar ini, tetapi engkau
melakukannya?" Jika beliau mengisyaratkan dengan tangan supaya
engkau mundur, maka mundurlah dari beliau.'
Lalu anak wanita itu
melakukannya. Nabi mengisyaratkan dengan tangan, kemudian aku mundur
dari beliau.
Ketika beliau berpaling, beliau bersabda, 'Wahai puteri
Abu Umayyah, engkau menanyakan tentang dua rakaat sesudah solat asar. Sesungguhnya orang-orang dari Abdul Qais datang kepadaku
(menyampaikan keislaman kaumnya), lalu mereka menyibukkan aku
(sehingga aku ketinggalan) dari dua rakaat sesudah zuhur. Maka,
kedua rakaat yang ku kerjakan setelah solat Asar itulah sebagai
gantinya.'"
(Sahih Bukhari, Bab Sujud Sahwi #628)
Note:
Tujuan Aishah tidak memberi jawapan dan sebaliknya menyuruh dirujuk kepada Ummu Salamah ialah:
1. Untuk mengelak dari tanggapan bahawa jawapannya ialah jawapan membela diri.
2. Mengembangkan pemahaman bahawa selain daripada Aishah, Ummu Salamah juga maklum terhadap kebolehan amalan berkenaan.