Keutamaan Berzikir
a. Hadith
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam:
Abdullah ibn Umar Radhiyallahu
‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah
berkata,, “Semua benda ada pengilatnya yang membuat ia bersinar dan
sesungguhnya yang mengilatkan hati-hati ialah mengingati Allah s.w.t.. Tidak
ada penyelamat yang lebih baik dari mengingati Allah s.w.t yang boleh dilakukan
untuk (menghindar) siksaan Allah s.w.t.
Para
sahabat bertanya, “Walaupun berjihat dalam jalan Allah?”,
Baginda menjawab,
“Tiada, walaupun jika kamu menghunus pedang kamu sehingga ia patah.”
1. Bayhaqi, Shuab-ul-iman (1:396#522);
2.
Mundhiri, at-Targhib wat-tarhib (2:254#2295);
3.
Ibn Qayyim, al-Wabil-ul-ayb (1:60);
4. Manawi, Fayd-ul-qadir (2:511)]
b. Hadith
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam:
Muādh Radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan
dari ayahandanya yang meriwayatkan dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
sallam bahawa seorang lelaki bertanya, “Jihad yang bagaimanakah yang terbaik
ganjarannya?”
Baginda
menjawab, “Ia yang mana Allah s.w.t. diingat sebanyaknya.”
Lelaki
itu kemudian bertanya, “Siapa yang menerima ganjaran yang paling baik di antara
mereka yang berpuasa?”
Baginda
menjawab, “Mereka yang di antaranya mengingati Allah terlalu banyak.” Lelaki
itu kemudian bertanya berkenaan solat, zakat, haji dan sedekah.
Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata berkenaan semua itu, “Dia yang mana Allah
diingati berlebihan (mendapat ganjaran yang tertinggi).”
Dengan
itu Abu Bakar Radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Umar Radhiyallahu ‘anhu, “Wahai
Abu Hafs! Mereka yang mengingati Allah telah mengambil kesemua ganjaran itu.
Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Semestinya.”
1.
Ahmad ibn Hambal, al-Musnad (3:438);
2.
Tabarani, al-Mujam-ul-kabir (20:186#407);
3.
Ibn Rajab, Jami-ul-ulum wal-hikam (1:444);
4.
Mundhiri, at-Targhib wat-tarhib (2:257#2309);
5.
Haythami, Majma-uz-zawaid (10:74);
6.
Husayni, al-Bayan wat-tarif (1:132#348)]