Khamis, 9 Februari 2012

Petikan Hadith

Keutamaan Berzikir

a.     Hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam:

    Abdullah ibn Umar Radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah berkata,, “Semua benda ada pengilatnya yang membuat ia bersinar dan sesungguhnya yang mengilatkan hati-hati ialah mengingati Allah s.w.t.. Tidak ada penyelamat yang lebih baik dari mengingati Allah s.w.t yang boleh dilakukan untuk (menghindar) siksaan Allah s.w.t.

Para sahabat bertanya, “Walaupun berjihat dalam jalan Allah?”, 

Baginda menjawab, “Tiada, walaupun jika kamu menghunus pedang kamu sehingga ia patah.”

1. Bayhaqi, Shuab-ul-iman (1:396#522);
2. Mundhiri, at-Targhib wat-tarhib (2:254#2295);
3. Ibn Qayyim, al-Wabil-ul-ayb (1:60); 
4. Manawi, Fayd-ul-qadir (2:511)]

b.    Hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam:

      Muādh Radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan dari ayahandanya yang meriwayatkan dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa seorang lelaki bertanya, “Jihad yang bagaimanakah yang terbaik ganjarannya?”

Baginda menjawab, “Ia yang mana Allah s.w.t. diingat sebanyaknya.”

Lelaki itu kemudian bertanya, “Siapa yang menerima ganjaran yang paling baik di antara mereka yang berpuasa?”

Baginda menjawab, “Mereka yang di antaranya mengingati Allah terlalu banyak.” Lelaki itu kemudian bertanya berkenaan solat, zakat, haji dan sedekah.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata berkenaan semua itu, “Dia yang mana Allah diingati berlebihan (mendapat ganjaran yang tertinggi).”

Dengan itu Abu Bakar Radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Umar Radhiyallahu ‘anhu, “Wahai Abu Hafs! Mereka yang mengingati Allah telah mengambil kesemua ganjaran itu.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Semestinya.”

1. Ahmad ibn Hambal, al-Musnad (3:438);
2. Tabarani, al-Mujam-ul-kabir (20:186#407);
3. Ibn Rajab, Jami-ul-ulum wal-hikam (1:444);
4. Mundhiri, at-Targhib wat-tarhib (2:257#2309);
5. Haythami, Majma-uz-zawaid (10:74);
6. Husayni, al-Bayan wat-tarif (1:132#348)]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan