Sabtu, 24 September 2011

"Taqwa kepada Allah"

Taqwa dari sudut bahasa bermaksud mengambil tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan. Manakala menurut istilah Syara’,  Taqwa bermaksud Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta’ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat.

Rasulullah saw. juga pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda bahawa Taqwa itu adalah :
“Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintahNya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepadaNya dan tidak mengkufuri nikmatNya.”
                           [Hadis riwayat Imam Bukhari]

Menurut Ibnu Abbas r.a. Al-Muttaqin (yakni orang-orang bertaqwa) ialah orang-orang beriman yang memelihara diri mereka dari mensyirikkan Allah dan beramal menta’atiNya.

Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang bernama Ubai bin Ka’ab r.a. mengenai makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Saidina Umar: “Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: “Ya.” Tanya Ubai lagi: “Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?” Jawab Umar: “Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati.” Balas Ubai: “Itulah yang dikatakan taqwa.” 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan