28 Julai 2011 bersamaan 26 Syaaban 1432H KADIR sekali lagi menganjurkan majlis untuk anak-anak yatim dan Mahaad Tahfiz di kediaman Menteri Besar Perak sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran YAB Dato' Seri Di Raja Dr Zambri Abdul Kadir besama isteri YBhg Datin Seri Sharipah Zulkifli yang sudi hadir pada hari itu. Seramai 500 orang anak yatim dan 500 orang dari Mahaad Tahfiz hadir bersama-sama pada majlis yang barakah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan