Rabu, 10 Ogos 2011

KEWAJIBAN BERPUASA RAMADHAN


 Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, hari ini telah masuk hari ke 10 umat Islam berpuasa, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana dipertemukan dengan Ramdhan yang penuh keistimewaan dan masih lagi diberi kekuatan untuk menunaikan tanggugjawab sebagai hamba-Nya dalam mengabdikan diri kepada yang Maha Pencipta.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud
          
" Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa". [Surah Al-Baqarah ; 183]

Ayat di atas jelas menunjukkan perintah supaya umat Islam berpuasa, dan puasa ini adalah satu ibadah wajib dilakukan atau satu tiang agama yang wajib didirikan oleh umat Islam.

Hadis Nabi :

(أتاكم شهر رمضان شهر مبارك, فرض الله عليكم صيامه، تفتح فيه أبواب الجنة، وتغلق فيه أبواب الجحيم، وتغل فيه مردة الشياطين...)

Ertinya : Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan.... [Riwayat An-Nasa’i dan Al-Baihaqi]

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Oleh itu puasa bukan semata-mata berlapar dan dahaga, bahkan perlu menjaga, menahan diri serta menghindari anggota mata, telinga, lidah, kaki, tangan, perut, kemaluan dan juga nafsu dari perkara-perkara yang membatalkan puasa dan perkara yang sia-sia.

                                                                                                                                           ...bersambung


Tiada ulasan:

Catat Ulasan