Isnin, 3 Oktober 2011

Masalah seks luar nikah

Masalah perlakuan seks di luar nikah di kalangan remaja cukup membimbangkan kami. Perbuatan itu bukan saja memalukan ibu bapa, malah lebih penting masa depan remaja terbabit. Melihatkan masalah ini semakin membimbangkan, apakah cara praktikal dan berkesan untuk menyekatnya?
1. Penguatkuasaan undang-undang yang ketat dan tiada kompromi. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:
“Penzina perempuan dan penzina lelaki, sebatlah kedua mereka dengan 100 sebatan, dan janganlah rasa belas kasihan kamu terhadap mereka berdua mencegah kamu untuk (menjalankan) agama (hukum) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang-orang yang beriman”.                                 (An-Nur: 2)
2. Melalui didikan di sekolah dan luar sekolah, memberi kesedaran individu dan masyarakat serta mengelakkan, memantau pergaulan yang bercampur yang bebas dan menyekat pergaulan yang melampaui batas.
3. Mengekang anasir, budaya, pengaruh buruk terhadap minda dan pemikiran masyarakat seperti menapis maklumat, hiburan, fesyen yang melampaui  nilai-nilai kemasyarakatan.
4. Menyediakan alternatif, saluran serta peka terhadapat keinginan muda-mudi, berkongsi masalah dan membantu memberi jalan penyelesaian seperti memudahkan urusannya berkahwin. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Wahai pemuda, sesiapa sahaja daripada kamu yang mampu untuk berkahwin, hendaklah  berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kehormatan. Dan, sesiapa di antara kamu yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana ia boleh menjadi perisai”           
                                (Riwayat Ibnu Masa’ud)
Mudahan-mudahan dengan sedikit sebanyak panduan yang diberikan ini dapat memelihara diri kita dan ahli keluarga kita dari terjebak dalam permasalahan ini. Sekian, Wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan