Rabu, 19 Oktober 2011

Air Zam-Zam


Air Zam-zam diakui sebagai air mineral terbaik yang ada di dunia , namun untuk dapat menyembuhkan penyakit tidak boleh diminum terus dapat menyembuhkan, sebab yang menyembuhkan bukanlah air itu, yang menyembuhkan adalah rahmat Allah yang diturunkan melalui air Zam-zam untuk hamba-Nya yang dipilih kerana ketaqwaannya. Oleh itu tertib meminum air Zam-zam hendaklah dipenuhi, dengan dimulai berniat dengan ikhlas, kemudian menghadap ke arah qiblat membaca doa dengan penuh keyakinan akan dikabulkan, sesuai dengan niat kita.
Rasulullah SAW bersabda:  
"Air Zam-zam berkhasiat, sesuai dengan niatnya (niat yang akan meminumnya)."

Adab meminum air Zam-zam:
  • Berdoa sebelum meminum air Zam-zam sambil menghadap ke qiblat.
  • Menggunakan tangan kanan untuk mengambil air Zam-zam, dan dengan membaca basmalah serta takbir (Bismillahi Allahu Akbar), basahilah bibir pada tegukan pertama, kemudian bacalah hamdalah (Alhamdulillah) dan menarik nafas 3 kali.
  • Dengan membaca basmalah serta takbir, basahilah tekak pada tegukan kedua, kemudian bacalah hamdalah dan menarik nafas 3 kali.
  • Dengan membaca basmalah serta takbir, minumlah sepuasnya pada tegukan ketiga yang boleh diteruskan dengan membasahi bagian tubuh tertentu, kemudian bacalah hamdalah.
  • Kemudian bacalah doa untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Keutamaan dan fadhilat air Zam-zam antara lain:
  • Air Zam-zam berasal dari mata air Syurga (Maa’ul Jannah).
  • Merupakan pemberian Allah atas doa Nabi Ibrahim A.S yang dikabulkan.
  • Menjadi sumber hidup dan perkembangan kota Mekah.
  • Bukti nyata kekuasaan Allah swt di Tanah Suci.
  • Menjadi nikmat agung serta membawa manfaat besar pada Masjidil Haram.
  • Air terbaik yang ada di muka bumi.
  • Terjadi melalui perantara Malaikat Jibril as.
  • Berada di tempat paling suci di dunia.
  • Air yang dipergunakan untu mencuci hati Rasulullah SAW lebih dari satu kali.
  • Rasulullah saw memberkatinya dengan air ludah beliau yang suci.
  • Air yang berfungsi sebagai makanan (mengenyangkan) sekaligus ubat untuk menyembuh segala macam penyakit.
  • Dapat menghilangkan pening kepala.
  • Barang siapa melihatnya, insya Allah penglihatannya akan menjadi lebih tajam.
  • Jika diminum dengan niat kebaikan, maka Allah swt akan mengkabulkan sesuai niatnya.
  • Keinginan untuk mengetahui asal-usul air Zam-zam merupakan antara tanda keimanan
  • Air minuman untuk orang-orang yang baik.
  • Menjadikan badan kuat.
  • Tidak akan pernah habis walaupun selalu diambil.
  • Telah ada sejak 5.000 tahun yang lalu, sehingga menjadi telaga tertua di muka bumi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan