Isnin, 10 Oktober 2011

Ibadah Korban

Korban ialah menyemelih binatang ternakan pada hari raya Aidiladha dan pada hari tasyrik (11,12,13 Zulhijjah) dengan niat beribadah kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Hendaklah engkau mengerjakan solat kepada Tuhanmu dan berkorbanlah kepadanya.”
                                           [Al-Kauthar : 2]
Binatang ternakan yang dimaksudkan ialah unta, lembu, kerbau, kibas, biri-biri dan kambing.

 


Hukum ibadah korban :
1. Sunat muakkad bagi yang mampu
2. Fardhu kifayah bagi sesebuah keluarga
3. Wajib bagi mereka yang bernazar

Syarat sah korban
1. Binatang ternakan mestilah daripada jenis unta, lembu, kerbau, kibas, biri-biri atau kambing
2. Binatang tersebut cukup umur
    Biri-biri  : satu tahun lebih
    Kambing : dua tahun lebih
    Lembu/Kerbau : dua tahun
    Unta : lima tahun
3. Tidak terdapat sebarang kecacatan  pada binatang tersebut
4. Niat berkorban kerana Allah SWT

Perkara sunat ketika berkorban
1. Membaca basmalah (bismillah), selawat dan takbir
2. Melakukan penyembelihan pada waktu siang
3. Binatang yang dikorban hendaklah gemuk dan sihat
4. Bertakbir selepas penyembelihan
5. Disembelih oleh orang yang melakukan ibadah korban
6. Binatang dibaringkan di atas rusuk kiri dan menghadap arah kiblat
7. Orang yang melakukan ibadah korban disunatkan makan sedikit daging korban dan bahagian yang lain disedekahkan kepada fakir miskin serta dimasak untuk jamuan orang ramai


Tiada ulasan:

Catat Ulasan