Jumaat, 7 Oktober 2011

IBADAH HAJI (siri 1)

Ibadah Haji merupakan rukun yang ke lima dalam Islam. Ibadah ini bersandarkan hadis mashur yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Umar bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda :    
“Islam itu terdiri dari lima perkara ; Bersaksi bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah, Mendirikan solat, Menunaikan    zakat,   Mengerjakan haji, Berpuasa di bulan Ramadhan”.
               
Firman Allah SWT yang bermaksud : 
“Di situ ada tanda-tanda keterangan Yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. dan sesiapa Yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji Dengan mengunjungi Baitullah Iaitu sesiapa Yang mampu sampai kepadaNya. dan sesiapa Yang kufur (ingkarkan kewajipan Ibadat Haji itu), maka Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.”
                                   [Ali Imran : 97]

Pengertian Haji :
Mengunjungi Baitullah Al-Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sai'e dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala kewajibannya.

Baitullah Al-Haram : Ka’abah yang berada di Mekah,Arab Saudi. Ianya juga digelar dengan Baitullah.
Bulan-bulan Haji : Iaitu Bulan Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah.
Tawaf     : Perbuatan mengelilingi Ka’abah sebanyak tujuh kali dengan bahu kiri selari dengan ka’abah dan mengelilinginya  mengikut arah melawan jam.
Sai’e      : Perbuatan ulang-alik bermula dari bukit sofa ke bukit marwa sebanyak tujuh kali, yakni dari bukit sofa ke bukit marwa dikira sekali dan dari bukit marwa ke safwa dikira sekali.
Wukuf  : Berhenti di padang Arafah pada ketika  tergelincirnya matahari (waktu zohor) tanggal 9 Zulhijah sampai terbit fajar tanggal 10 Dzulhijah.

Syara-syarat wajib mengrejakan haji :
  1. Islam. Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
  2. Merdeka. Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
  3. Mukallaf. Iaitu akil baligh atau cukup umur.
  4. Sempurna akal. Iaitu mempunyai pemikiran yang waras atau boleh berfikir yang mana baik dan buruk dan sebagainya.
  5. Berkemampuan, iaitu :
  • Sihat tubuh badan, tidak menghidap penyakit yang boleh menghalang untuk mengerjakan amalan haji.
  • Cukup perbelanjaan untuk perjalanan haji, ahli keluarga dan apa-apa  tanggungan yang ditinggalkan.
  • Ada kenderaan pergi dan balik.
  • Keamanan terjamin iaitu keselamatan diri dan harta dalam perjalanan dan ketika menunaikan ibdah haji.
  • Mempunyai kesempatan waktu untuk mengerjakan haji.
  • Mendapat keizinan suami bagi wanita yang telah berkahwin dan mesti ditemani oleh dua orang muhrim (yang boleh dipercayai) begitu juga bagi wanita yang lain.

      Tiada ulasan:

      Catat Ulasan