Isnin, 3 Oktober 2011

QIAMULLAIL

29 Sept 2011 Penduduk setempat telah mengadakan satu majlis Qiamullail di Masjid Parit Tok Hin, Tanjung Piandang sempena lawatan Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir.Kami di KADIR turut di undang untuk  memeriahkan lagi majlis Qiamullail pada pagi tersebut. Seawal jam 3:30 pagi kumpulan dari Ma'had Tahfiz Al-Quran Pusat Pendidikan Al-Barakah seramai 10 ornag pelajar dan di pimpin oleh Ustaz Mokhtar Ibrahim memulakan hening pagi itu dengan bacaan zikir munajat. tepat pukul 4:30 pagi rombongan Menteri Besar Perak hadir untuk menunaikan solat Tahajjud dan Solat Hajat yang di imamkan oleh YB Kapten (B) Dato' Hj. Najmuddin Hj. Elias. Taskirah subuh pula disampaikan oleh Prof Jasrial Zakir Ketua Pendakwah Pertubuhan Dawah Islamiah Darul Ridzuan (KADIR).










Tiada ulasan:

Catat Ulasan